SILATURRAHIM

BAB-i ALAM

Bab-i-Alem merupakan salah sebuah daripada 25 000 pertubuhan bukan kerajaan, NGO yang terdapat di Turki pada hari ini. Perkataan « Bab » merujuk kepada pintu dan « Alem » merujuk kepada alam menjadi teras kepada objektif dan nama kepada pertubuhan ini.

Menurut Muhammad Ali Borat, pengerusi pertubuhan ini ini, objektif utama Bab-i-Alem adalah untuk membantu para pelajar dari luar Turki yang melanjutkan pelajaran mereka di negara dua benua itu dalam pelbagai bidang. Mereka bertanggungjawab dalam hal seperti pendaftaran pelajar, penempatan, pengangkutan, pemilihan universiti dan banyak lagi. Mereka mahu membantu para pelajar tersebut dan cuba memberikan pengajian yang terbaik di Turki di samping membina jalinan hubungan antarabangsa dengan pelbagai negara.

Pertubuhan yang berlandaskan konsep « Persaudaraan antara muslim » ini telah mempunyai lebih kurang 500 lepasan pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka yang terdiri daripada pelbagai negara seperti Kazakhstan, Senegal, Nigeria dan banyak lagi. Menurut pengerusinya juga, di Bab-i-Alem sahaja telah mempunyai hampir 50 warganegara yang bekerjasama untuk menggerakkan pertubuhan ini. Tambahnya lagi, Bab-i-Alem adalah sebuah pertubuhan yang dibantu sepenuhnya oleh rakyat Turki dari segi kewangan hasil derma dan sumbangan.

Bab-i-Alem berharap dapat menyatukan umat islam pelbagai warganegara suatu hari nanti dengan jalinan antarabangsa yang sedang dibina pada hari ini di samping membantu dalam mendapatkan pengajian yang terbaik di Turki. Di akhir pertemuan, mereka menyatakan bahawa mereka juga berminat untuk menjadikan GPTD Perancis sebagai duta mereka di luar negara.

Bersama peneraju Bab-i Alam

HAYRAT FOUNDATION

Hayrat Foundation merupakan salah satu dari berpuluh puluh NGO yang berpusat di Turki.Ia mempunyai kira kira lebih 200 cawangan di dalam Turki sahaja belum termasuk cawangan di luar negara.Ia juga mempunyai cawangan di Paris.

Di setiap cawangan Hayrat,terdapatnya madrasah untuk pengajian Al-Quran dan majlis ilmu.Kebiasaannya majlis ini dihadiri oleh setiap lapisan masyarakat ,tidak kira tua atau muda. Pengajian secara rasmi berdasarkan tulisan dan risalah Ustaz Said Nursi diadakan setiap malam jumaat di setiap madrasah kepunyaan Hayrat.

Hayrat juga mempunyai syarikat publication sendiri untuk mencetak Al Quran,majalah-majalah ilmiah , risalah risalah Ustaz Said Nursi dan buku buku rujukan mengenai islam keluaran mereka. Kebanyakan ahli ahli dan tenaga kerja di Hayrat Foundation berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan di dunia.

Penggerak Hayrat Foundation

IHH FOUNDATION

IHH Humanitarian Relief Foundation (Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan dan bantuan kemanusiaan) adalah satu dari ratusan NGO antarabangsa yang berpusat di Turki dan terlibat dalam aktiviti aktiviti kemanusiaan di lebih dari seratus negara di seluruh dunia.

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1995, IHH menyediakan bantuan kemanusiaan ke wilayah-wilayah perang dan kawasan kawasan ‘konflik’ di dunia.Iamempunyai status keahlian di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Majlis Ekonomi dan Sosial. Yayasan ini ditubuhkan semasa perang di Bosnia untuk membantu mangsa perang. Selepas perang, IHH meneruskan kegiatan di kawasan lain dengan kegiatan yang sama.

IHH Humanitarian Relief Foundation melaksanakan berbagai aktiviti sosial, kegiatan budaya di samping perkhidmatan kesihatan. Sebagai contoh, Yayasan Projek Katarak Afrika berjalan sejak tahun 2007 di sepuluh Afrika countiries.

IHH juga merupakan satu-satunya pertubuhan yang dibenarkan masuk ke Gaza,Palestin untuk menghantarkan bekalan makanan kepada penduduk penduduk di sana . Ketika ini,mereka sedang mengadakan konvoi melalui jalan darat dan jalan laut untuk menghantarkan bekalan makanan dan perubatan kepada penduduk di Gaza.


IHH Foundation

PROF. DR. MUSTAFA OZEL

Pada pertemuan bersama Prof. Mustapha Ozel di Istanbul, GPTD Perancis telah berpeluang membincangkan beberapa isu semasa dan sejarah terutamanya apa yang telah dan sedang berlaku di negara dua benua itu. Menurut prof, Turki kini sedang mengalami perpecahan dalam umat islamnya dengan wujudnya dua kumpulan iaitu kumpulan fundamentalis dan kumpulan sekular yang masing-masing bertegas menyatakan bahawa mereka adalah umat islam yang sejati.

Beliau juga telah mengupas tentang penyebaran islam di Perancis ketika pemerintahan Bani Uthmaniyah. Menurutnya, dekitar tahun 1850 an, sekumpulan pelajar yang berjaya telah dihantar ke negara eropah itu untuk menyampaikan risalah islam kepada penduduk setempat. Namun, pelajar-pelajar ini telah terpengaruh dengan masyarakat tempatan dan sistem hidup mereka sehingga menjadikan mereka penentang kepada kerajaan Bani Uthmaniyah. Mereka juga telah mengeluarkan majalah untuk menentang kerajaan islam  yang pada masa itu di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid.

Selain itu, beliau turut membincangkan 2 kunci kepada satu organisasi yang akan tahan ujian masa. Pertamanya, immigran dan keduanya pemilihan orang-orang yang terbaik. Apabila tiba pada tahap kritikal di dalam sesebuah organisasi, wakil-wakil terbaik perlulah dipilih di kalangan immigran untuk memudahkan proses asimilasi di kalangan watak-watak di dalam organisasi tersebut yang mempunyai latar belakang berbeza.

Akhir sekali, beliau juga berkongsi pendapat berikut, “a system can function without belief but not without just“, yang beerti asas kepada sesuatu sistem pemerintahan yang bertahan lama adalah prinsip keadilan. Ini kerana, struktur penduduk yang memainkan peranan dalam sistem tersebut akan menilai aspek ini secara teliti. Contoh yang diberikan ialah kerajaan Byzantine yang bertahan selama bertahun-tahun. Suatu sistem pemerintahan yang tidak berlandaskan prinsip keadilan tidak akan dapat bertahan sebegitu lama.

Bersama Dr. Mustafa Ozel

YOUNG MUSIAD

Young Musiad merupakan persatuan ahli-ahli perniagaan muda yang bertapak di Turki. Persatuan ini diasaskan daripada persatuan ahli-ahli perniagaan yang asal iaitu Musiad. Young Musiad telah ditubuhkan pada tahun 2002 dengan tujuan melatih usahawan masa depan dan menyediakan mereka dengan ilmu perniagaan melalui perkongsian pengalaman di dalam bidang ini. Daripada permulaan penubuhan Young Musiad hingga sekarang, mereka mempunyai lebih 1500 orang ahli yang terdiri daripada pelajar universiti, usahawan muda  dan juga pekerja di dalam bidang professional.

Persatuan ini cuba mencapai objektif-objektif yang ditetapkan melalui aktivit-aktiviti seperti seminar, bengkel dan program sukarela. Selain itu, Young Musiad juga aktif di arena antarabangsa. Antara aktiviti yang telah dianjurkan ialah International Young Conference yang telah menghimpunkan lebih 1200 peserta Turki dan 300 peserta antarabangsa. Semasa pertemuan di Istanbul tempoh hari, GPTD France juga telah difahamkan bahawa Young Musiad telah mendapat persetujuan daripada Dewan Perniagaan Islam Turki untuk memperolehi dana sebanyak $400,000 untuk membantu ahli-ahli Young Musiad dalam melaksanakan projek ataupun perniagaan mereka.

GPTD France juga telah dijemput untuk menghadirkan diri ke Jeddah dari 21 April hingga 24 April 2010 untuk Young Business Forum yang akan dianjurkan oleh Young Musiad.

Peneraju Young Musiad

  1. No comments yet.
  1. Saturday, 6 March 2010 at 23:53
Comments are closed.
%d bloggers like this: